Pages

Tuesday, August 14, 2012

sebuah kebahagiaan, satu perjalanan dan satu perceraian

Assalaamualaikum....
Sebuah kebahagiaan
Mananya tak bahagia...bila dapat benda free...:))...nak guna tak tau lagi bila...tapi yang pasti sebelum raya..Alhamdulillah rezki anak2.....sememangnya mokwo belum shoppin' apa2 lagi utk raya tahun nih...tahun nih raya mokwo adalah yang paling sempoi


Satu perjalanan
semenjak dua menjak nih...mokwo sibuk dengan aktiviti..jalan2 hantar orang JJHO....:D....atau dengan nama lain jadi supir lah mokwo nih...gitu lah kekdah nya bila pokwo tak de..kerja2 .hantar menghantar ...mokwo terpaksa ambil alih...kalau setakat sekitar somban dan senawang nih , mokwo memang tak kesah...tapi kalau dah kena keluar daerah dan harus menggunakan highway...mokwo macam nak pitam...takut !!


berbekalkan sebuah GPS, satu keyakinan dan sejuta tawakkal pada Allah, mokwo redah jua lebuhraya itu untuk menghantar dan menjemput pokwo di KLIA...Alhamdulillah misi  di selesaikan dengan jayanya biarpun badan semacam membeku tatkala bawak kereta tuh...:))

Syukur Ya Allah ! mokwo harap selepas nih, perasaan phobia mokwo terhadap lebuhraya akan pupus dan terus hilang...so sonang mokwo nak gi shoppin di mega2 mall in KL....:D...pokwo udah bagi blesssing n sponsorship.....suka hati mok cik!!! mokwo rasa macam rama2 yang baru keluar dari kepompong lah puloook!...tapi walau apa pun, seorang wanita itu harus pandai berdikari, berdiri di atas kaki nya sendirik......itu yang mama mokwo ajar...tapikan, mama mokwo sampai sekarang masih tak boleh drive....:)..(jgn marah arrr ma..lap u always!!)
home sweet home!

Satu Perceraian
Bercerai aka divorce biarpun halal disisi Islam tapi cukup2 tidak di galakkan...tah ape silap nya , mokwo terima berita yang adik lelaki mokwo sudah bercerai dengan isterinya..tak enak sungguh berita yang di terima...tambahan lagi di bulan yang mulia ini...korek punya korek, mokwo gagal mengenal pasti  punca sebenar perceraian mereka...adik lelaki mokwo nih memang pandai simpan rahsia...so mokwo tak mau buat ape2 konklusi...nanti kita silap cakap , tak pasal2 dapat dosa fitnah free2 kan...mokwo pun tak nak push adik mokwo pada tika ini...mokwo tau dia stress...raut wajah nan lesu berserta susuk tubuh yang semakin kering sudah cukup menggambarkan tekanan yang di hadapi

mokwo masih ingat...7 tahun lalu, mereka adalah pasangan yang paling romantis...lap u , lap me...senantiasa meniti di bibir..kekadang mokwo yang naik segan...:D...tapi itulah hakikat perkahwinan...ade ke satu2 perkahwinan itu tidak ada badai dan ombak yang melanda??? mana mungkin kan...yang pasti suami dan isteri itu harus bijak mengemudi bahtera mereka ..komunikasi yang baik juga penting...niat berkahwin juga mahu betul...bukan kerana cinta..sebab cinta duniawi itu tidak pernah kekal...niatlah kerana Allah swt...InsyaAllah kalau ada masaalah pun, Allah pasti akan temukan jalan penyelesainya
kalau kita sudah mendapat pasangan yang soleh...Syukur lah banyak2..kerana itu adalah rezki yang tak terhingga besarnya
hemmm...apalah kakak tua ini dapat berbuat ape2...masing2 dah besar...mokwo betul2 harap mereka nih pandai lah buat keputusan...bak kata adik mokwo ..barang yang tak elok, ngak usah di simpan...kalau disimpan bisa menjadi kudis nan bernanah...apo2lah dik ooooiii! kalau ade rezki..nanti ko kawin je lah yang lain...ko tu lelaki weeeh....perempuan sekarang cukup ramai...tapi nak memilih yang baik, itu yang susah..pokoknya...diri sendiri pun mau baik jugakllah

 Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)...janji Allah itu benar belaka..!

                                 "Selamat beribadah untuk semua muslimin dan muslimat"


Monday, August 13, 2012

Biskut Makmur II....balik mana??

Asssalaamualaikum....
waaah kemeriahan syawal semakin terasa......kawasan perumahan mokwo penuh dengan pelita2 di malam hari nya..manakala siangnya bau kebakaran sekuk2 yang wangi lagi harum memenuhi ruang udara nya
mokwo angan2 nak buat 10 jenis sekuk tahun nih...tapi sampai sekrang hanya sempat buat 3 jenis jek...tu pun nak menghabihkan macam dah tak dak kederat kekdahnya...:D...

ni adalah salah satu biskut raya mokwo tahun ni...memang wajib jugak buat, kalau tak, mau ada yang tarik muncung.....esok biskut nih mokwo jadualkan untuk di export ke kelantan, kedah dan bangi.....sekurang2  nya tuan biskut tak dapat beraya di kampung...biskut  itu ada sebagai pengganti diri...aduh syahdu pulak bunyinya !!!
so kepada sesiapa yang ingin buat mokwo sertakan resepi di sini yek! senang sangat2


Biskut makmur II

 doh:
1 cawan minyak sapi tulen
3 1/2 sudu besar gula icing
3 sudu besar susu tepung
1/2 sudu kecil garam
3 cawan tepung gandum (mokwo guna tepung red rose lagi sedap )

inti:
1/2 cawan kacang tanah--goreng tanpa minyak, buang kulit dan kisar
3 sudu besar gula pasir
--kisar kering semua bahan inti. ketepikan

hiasan:
gula icing secukupnya

cara2:
  1.  satukan bahan2 doh. uli sebati
  2. balut doh dengan cling flim dan simpan dalam peti sejuk utk 2 jam
  3. bila nak mencanai doh, keluarkan doh dan biarkan pada suhu bilik.
  4. ambil 1/2 sudu besar doh, sudukan 1/4 sudu kecil inti dan bulat2 kan
  5. ulang proses tersebut sampai habis
  6. bakar pada suhu 160 C dalam masa sekitar 20 minit..bergantung pada oven masing2 lah yek!
  7. bila biskut dah agak sejuk sedikit bolehlah golek2 kan dalam gula icing
semoga kita masih Istiqamah memeriahkan sepuluh malam terakhir Ramadhan dengan Ibadah !!! InsyaAllah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...